Entry: Sekarang Ini... Monday, November 02, 2009



Sekarang ini sedang 'berhempas pulas' hendak menyiapkan dwilogi novel. Tajuk sementaranya ialah Bila Hati Mencintai. Memandangkan aku yang mencadangkan tarikh 31 Disember sebagai tarikh tentatif untuk menyiapkan dwilogi ini, maka aku sendiri yang perlu cuba untuk menepatinya. Setakat ini, baru siap 3 bab. Dalam kata lain, poor perfomance!!

Watak utamanya Adam dan Marissa. Pada mulanya letak nama Sulaiman dan Marsya. Tetapi apabila menaip, nama Sulaiman itu terlalu panjang untuk ditaip dan nama Marsya asyik terbabas menjadi Marysa. Jadi, untuk memudahkan diri, aku menukar kepada nama watak kepada Adam (lebih mudah) dan Marissa (alang-alang asyik tersalah taip, kekalkan saja 'kesalahan' itu dalam bentuk baru)

Dan ini yang paling aku bengang. Macam mana aku tak perasan yang TV2 sekarang ini sedang menyiarkan anime Gintama. Ketika aku menyedarinya, 19 episod sudah ditayangkan!! Bermakna aku ketinggalan beberapa episod yang cukup kelakar (aku sudah tengok dalam versi bahasa Jepun, tapi aku juga memberi sokongan kepada siri alih bahasa), lebih-lebih episod markas Shinsengumi yang mendapat gangguan misteri, kononnya dikacau oleh hantu. Kumpulan Yorozuya (watak-watak utama anime ini) ketika itu pula sedang mencari duit lebih dengan menyamar sebagai bomoh dan Shinsengumi pula mengupah mereka untuk menghalau 'hantu' itu. That's my favourite episode!  Bagaimanapun, aku dah tanda siaran Gintama dalam rangkaian siri TV tontonan aku.

gintama9.jpg Gintama picture by fyshah

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments