Entry: Menuju ke Penghujung Thursday, October 22, 2009



Menuju ke penghujung 2009, aku sudah menyiapkan persediaan 2010. 

Diari baru sudah dibeli. Rancangan perbelanjaan/kewangan sudah pun disiapkan. Dan nampaknya aku masih perlu berhati-hati dalam perbelanjaan, tetapi hanya sehingga Oktober 2010 sahaja, untuk mendapat target kewangan yang aku rancang sejak dari tahun lepas. Syukur kepada Allah s.w.t. kerana tahun ini adalah tahun yang penuh dengan laluan mudah untuk aku berbanding tahun 2008 (tahun aku banyak mengalirkan air mata). Dan selepas itu, aku boleh tumpukan usaha untuk mencapai beberapa target lain.

Dan aku sudah mendapat azam baru untuk tahun 2010... BELAJAR MEMASAK! TAK PUN, MENGUMPUL BUKU RESEPI!!

   2 comments

Fishah
October 26, 2009   10:49 AM PDT
 
En. Eyman, taklah hebat sangat. Tapi sebaik sahaja mula bekerja, memang sudah sediakan perancangan. Cuma ralat sikit, sebab ada beberapa target yang tak dapat dicapai dalam jangka masa yang ditetapkan. Maknanya, rancangan saya tidak sesempurna mana pun.
Eyman
October 25, 2009   06:08 AM PDT
 
Wah! Seperti Malaysia yang ada belanjawan negara! Hebat, hebat! Dah banyak tahun ke buat preparation lebih awal?

Apa pun, preparation belanjawan yang lebih awal maknanya sudah ada resolusi 2010. Tahniah!

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments