Entry: Provokasi Monday, October 12, 2009



Apabila menonton TV malam tadi dan melihat gelagat penyokong pihak yang bertanding bagi pilihanraya Bagan Pinang, rasa macam kelakar. Semua yang saling berbalah itu adalah muka Melayu, yang beragama Islam. Walhal Islam melaungkan kesatuan ummah. Dan walhal, salah satu daripada pihak yang bertanding itu menggunakan perkataan Islam pada parti mereka. Dahulu aku memang hormati PAS kerana cara berpolitik mereka yang 'berhemah'. Penyokongnya tenang walaupun diprovokasi bertubi-tubi. Tetapi kini... apa yang membezakan mereka dengan parti politik lain?  Kata teman serumah, kaum Cina dan India yang duduk memerhati di tepi mesti tergelak-gelak geli hati melihat gelagat kaum Melayu kita.

Dan hari ini, aku tidak memberikan perhatian kepada kemenangan besar yang diraih oleh Isa Samad. Aku memberikan perhatian kepada 'rakyat' Malaysia yang merempat di Britain setelah melucutkan kerakyatan Malaysia tetapi tidak mendapat kerakyatan Britain. Kebanyakan mereka daripada Penang dan Melaka. Alasan mereka berbuat demikian ialah kerana takut ditindas oleh pentadbiran gologan majoriti Melayu beragama Islam. Walau bukan lagi rakyat Malaysia lagi dan sedang merempat sekalipun, mereka masih hendak membuat provokasi ke atas orang Melayu dan agama Islam. Tidak tahulah kalau itu laporan media antarabangsa yang membuat provokasi ke atas Malaysia.

Dan sampai sekarang, aku masih menanti reaksi lanjut kerajaan Malaysia dan Indonesia berhubung dengan provokasi kumpulan Bendera yang mahu menyerang Malaysia. Malaysia tidak bertegas dalam hal ini, manakala Indonesia pula seperti bersikap tidak peduli. Memang isu tidak besar mana pun, tetapi sudah cukup untuk menyemai sangsi. Dan sangsi yang tidak ditangani dengan baik, boleh bertukar menjadi benci.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments