Blog Seorang Penulis Yang Masih Bertatih...



Nor Rafishah Md. Hassan

Novel di Pasaran
1. Luka Sekeping Hati
2. Kau Yang Tercinta
3. Andai Ada Cinta
4. TERBARU : Cinta di Hati
5. TERBARU : Cinta Semanis Epal


Fajar Pakeer Sdn Bhd


Fajar Pakeer Sdn Bhd

Pesanan Novel Online
Akaun Maybank
514299127137
(Fajar Pakeer Sdn. Bhd.)
E-mel ke: order@fajarnovels.com.my
   


E-mel : Rrafishah@yahoo.com

GALERI NOVEL


Penerbit : Fajar Pakeer Sdn Bhd


Penerbit : Fajar Pakeer Sdn Bhd


Penerbit : Fajar Pakeer Sdn Bhd


Penerbit : Fajar Pakeer Sdn Bhd

Senarai Novel Nukilan
1. Cinta Monyet (1996)
2. Menggapai Ilusi (1996)
3. Sutera Biru
4. Di Pinggir Musim Itu
5. Yang Kehilangan
6. Aku Yang Ditinggalkan
7. Luka Sekeping Hati
8. Tiada Lagi Cinta
9. Kau Yang Tercinta
10. Andai Ada Cinta
11. Cinta di Hati
12. Cinta Semanis Epal

****Jom Jenguk Blog****
Nasran KakNurdia Carriekirana Ija Antubuku Ainil Klena Mamajambu Wabbit Faryza Erna G-Kicap JHazKitaro

********LAIN-LAIN
********
Alaf21 Kakinovel Karnadya BeritaTD AinonMohd. Fajar Apresiasi M2000

Pemegang Pena, Penyalin Ilham
Aleya Aneesa/Marwati Wahab
Anita Aruszi
Bikash Nur Idris
Ebriza Aminnudin
Eyman Hykal
Ezi Afiza
Hanny Esandra
Ikmal Shah
Izza Aripin
Izzul Izzati
Mersik
Puteri Imaneisya
Qaseh Qaisara
Rafizah Iskandar
Ramlah Rashid
Rehal Nuharis
Tanne Hadihaz/Zahidah Zarkasi
Sarnia Yahya
Umaira Dzul Widad
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, October 02, 2009
'So Many Ways a Like'

"But Your Majesty," Shinou went on, becoming serious now, "Even if I could show you every detail, it would not change the ultimate outcome."

"What's going to happen, then? As much as you can tell me," Yuri asked urgently. He needed to know. He needed something to go on. They were in the dark literally with a monster that could see better than they could. It was fast and it was poisonous. Only fire could kill it and yet, he'd find a way to help somehow, to give what he could to do it.

Shinou tilted his head to one side with slight confusion.

"Do you mean giving you all of this advanced warning to prepare your forces wasn't enough? Even now, a handful of your men on horseback are chasing it. Granted, it's been going on for awhile now and the horses, as well as the riders, are probably tired."

That's right… Yuri straightened up and gave a serious stare.

"Anything… anything you can tell me."

"As you wish, then…" Shinou sighed in a deep, velvety tone with his cape dancing in the breeze, fluttering over his shoulder. "On this night, the one who was once betrothed to a monarch will meet the end."

"Sorry…?"

What did he just say?

Something cold ran through Yuri. He looked to Murata for something. Disagreement? Understanding? Assistance? His friend's eyes showed concern but that was all.

"No," Yuri breathed.

"Lady Cheri will lose her youngest child on this night. It is unavoidable."

Yuri was back stepping and shaking his head 'no', not being able to comprehend what was being said to him.

"I'm not going to allow this!" Yuri glanced the way Wolfram went. "This isn't going to happen."

He pointed a finger at Shinou, who in turn looked upon the gesture with dangerous eyes. No longer was the boyishness on his face or in his stance.

"I don't want a death sentence. Tell me what's going to fix this," he demanded, his voice raising in pitch.

"You cannot change what will be because the decision was never yours." Shinou straightened, stiffened. "And you asked specifically what would come to pass… and I answered."

He cocked his blond head to the side once more, curious if the double black would push him further on the matter.

"Don't tell me that this is fate!" he said heatedly.

The Original King rested his hands on his hips. "This won't be fate. As I have already said, this will be free will."

Then, he turned his face to the moon again, head tilted up, eyes unblinking as though viewing something far beyond their simple existence.

"It's coming. It's almost here. Resign yourself…"

"No!" Yuri said hotly.

"It comes… through the trees… accept this."

"I can't… don't you understand that I can't?!" Yuri turned on this heel and took off at a sprint for Wolfram and the others. The only sound that he could hear was his own breathing in the dark, desperate and ragged.

I have to find Wolfram…

Even if it means that Wolfram will hate me forever.

Even if it means that Wolfram might leave me.

Don't ask me to bury you, Wolfram. My soul would break.


Petikan daripada novel fanfiction karya penulis fanfiction kegemaran aku, Harpgo, yang kini telah tamat ceritanya. Kini, dia sedang menulis novel fanfictionnya yang terbaru, The Wedding's End.  
   Dan aku menetapkan misi untuk bahawa bulan Oktober ini adalah bulan untuk aku mencetak dan menjilidkan karya fanfiction kegemaran aku.

Wednesday, September 16, 2009
SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA
SEMOGA RAMADHAN YANG AKAN BERLALU
DAN SYAWAL YANG AKAN MENJELMA
BERTERUSAN MEMBAWA SERIBU RAHMAT DARIPADA-NYA
KEPADA KITA SEMUA

ANDAI TERCALAR RASA, TERLUKA HATI
SEPANJANG MENJENGAH KE BLOG INI
SERIBU KEMAAFAN SAYA POHON

Wednesday, September 09, 2009
Apa Reaksi Kita?

Rakyat Malaysia di Jakarta Diancam Buluh Runcing

 

JAKARTA: Jabatan Penuntut Malaysia di sini, hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

 

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

 

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

 

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

 

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

 

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

 

Sebelum ini, pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.

 

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.

 

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".

 

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

 

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.

 

Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam. - Bernama

 

Berita Harian; Rabu; 9 September 2009.

 

 

* Apa reaksi rakyat Malaysia? Atau lebih tepat lagi, reaksi para pemimpin? Tiada apa-apa, kosong, zero, nada.

Dalam iklan lakonan Zaidi Omar, kita (rakyat Malaysia) cuba diterapkan dengan rasa mencintai bendera kita. Jangan biarkan dipijak atau diinjak. Tetapi apabila bendera yang sama dibakar oleh rakyat asing, tiada protes rasmi daripada mana-mana pihak walaupun pemimpin.

Friday, September 04, 2009
Hari Kemerdekaan kali ke-52

Dalam Utusan Malaysia pada 4 September 2009, Timbalan Perdana Menteri menganggap bahawa isu tarian Pendet yang digunakan dalam klip video pelancongan Malaysia telah pun selesai apabila penerbitnya, Discovery Networks Asia-Pacific memberi penjelasan bahawa penerbitan klip itu tiada kaitan dengan mana-mana pihak di Malaysia.

 

Sebagai rakyat Malaysia yang merayakan sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-52 dengan melihat gambar rakyat Indonesia membuat demonstrasi mengenai isu tarian tersebut, sambil memegang bendera Malaysia (yang tersalah cetak) dan sepanduk tertulis perkataan 'Ganyang' (Harian Metro; 31 Ogos 2009), darah aku mendidih sangat-sangat.

 

Darah aku mendidih kerana pertama; rakyat Indonesia yang tidak menyelidik perkara itu. Kedua, darah aku mendidih kerana tiada tindak balas dari rakyat Malaysia yang terkenal dengan berani menganjurkan demonstrasi jalanan. Nampaknya demonstrasi jalanan hanyalah untuk politik dan kepentingan peribadi semata-mata, bukannya untuk memperjuangkan maruah negara.

 

Perkataan 'Ganyang' (Malaysia) adalah perkataan yang menghalalkan mobilasi tentera Indonesia memasuki (sebenarnya menceroboh) Persekutuan Tanah Melayu kerana menentang pembentukan Malaysia. Kenapa rakyat Malaysia tiada sensitiviti akan hal ini?

 

Aku tidak rasa selepas ini rakyat Malaysia pergi membuat demonstrasi di hadapan Kedutaan Indonesia dan agar kerajaan Indonesia menuntut maaf bagi perkara ini.

 

Aku tidak begitu gembira dengan sambutan kemerdekaan tahun ini.

Thursday, September 03, 2009
Dialek?

Tidak senang apabila melihat iklan bertemakan 1 Malaysia di TV malam tadi. Iklan itu bermula dengan pertanyaan (dalam Bahasa Inggeris), "Apakah yang membuatkan rakyat Malaysia 'Malaysia'", lebih kurang macam inilah. Menyusul kemudiannya, satu persoalan 'Dialect?'. Antara contoh dialek yang dipaparkan ialah sempoi dan poyo.

Setahu aku, 'sempoi' dan 'poyo' adalah bahasa pasar. Sejak bila, bahasa pasar diiktiraf sebagai dialek. Atau pengiklan itu menggunakan tafsiran
dialek iatu "the usage or vocabulary that is characteristic of a specific group of people" untuk membenarkan penggunaan perkataan tersebut memandangkan, bahasa pasar memenuhi definisi itu kerana dipertuturkan oleh orang ramai hanya di Malaysia? Atau pengiklan sedang cuba membentuk bahasa pasar tersebut sebagai dialek 1 Malaysia?

Atau aku yang ketinggalan zaman kerana tidak menyedari bahasa pasar kini sudah diiktiraf sebagai dialek.

Previous Page Next Page