Your Ad Here

Blog Seorang Penulis Yang Masih Bertatih...


Novel di Pasaran
1. Luka Sekeping Hati
2. Kau Yang Tercinta
3. Andai Ada Cinta
4. Cinta di Hati
5. Cinta Semanis Epal
6. Seharum Bunga Rampai

DALAM PASARAN
Seharum Bunga Rampai

Fajar Pakeer Sdn Bhd

Pesanan Novel Online
Akaun Maybank
514299127137
(Fajar Pakeer Sdn. Bhd.)
E-mel ke: order@fajarnovels.com.my


E-mel : Rrafishah@yahoo.com


GALERI NOVEL


Fajar Pakeer Sdn Bhd


Fajar Pakeer Sdn Bhd


Fajar Pakeer Sdn Bhd


Fajar Pakeer Sdn Bhd


Fajar Pakeer Sdn Bhd

Senarai Novel Nukilan
1. Cinta Monyet (1996)
2. Menggapai Ilusi (1996)
3. Sutera Biru
4. Di Pinggir Musim Itu
5. Yang Kehilangan
6. Aku Yang Ditinggalkan
7. Luka Sekeping Hati
8. Tiada Lagi Cinta
9. Kau Yang Tercinta
10. Andai Ada Cinta
11. Cinta di Hati
12. Cinta Semanis Epal
13. Seharum Bunga Rampai

****Jom Jenguk Blog****
Nasran KakNurdia Carriekirana Ija Antubuku Ainil Klena Mamajambu Wabbit Faryza Erna G-Kicap JHazKitaro

********LAIN-LAIN********
Alaf21 Kakinovel Karnadya BeritaTD Fajar Apresiasi M2000

Pemegang Pena, Penyalin Ilham
Aleya Aneesa/Marwati Wahab
Anita Aruszi
Bikash Nur Idris
Ebriza Aminnudin
Eyman Hykal
Ezi Afiza
Hafirda Afiela
Hanny Esandra
Ikmal Shah
Izza Aripin
Izzul Izzati
Mersik
Puteri Imaneisya
Qaseh Qaisara
Rafizah Iskandar
Ramlah Rashid
Rehal Nuharis
Tanne Hadihaz/Zahidah Zarkasi
Sarnia Yahya
Umaira Dzul Widad
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, May 27, 2007
Naqdu : Tragedi Hartini, Salam Maria Aibkan Dunia Sastera

Naqdu: Tragedi Hartini, Salam Maria Aibkan Dunia Sastera

Bersama Salbiah Ani

 

PENGARANG Malaysia hari ini termasuk kelompok muda, kini lebih berani menerbitkan karya sendiri dalam usaha untuk menonjolkan diri pada persada sastera negara memandangkan ruang penerbitan yang semakin terbatas, sedangkan jumlah penulis terus tumbuh seperti cendawan lepas hujan.

 

Dalam keghairahan pengarang menerbitkan karya sendiri kerana dunia kontemporari tidak lagi memandang sastera sebagai suatu keperluan dalam kehidupan masyarakat moden, pengarang ada kalanya terlepas pandang lukah yang dipasang penerbit.

Lalu berlaku penipuan royalti yang sepatutnya dibayar kepada pengarang, tetapi tidak dilunaskan akibat ketiadaan perjanjian hitam putih, perjanjian terlalu longgar hingga tidak menjaga kepentingan penulis dan ada juga karya diterbitkan tanpa kebenaran pengarangnya.

Lebih menyedihkan apabila lukah itu dipasang penerbit yang juga pengarang kerana mereka pasti tahu jerih payah merancang dan menyiapkan sesebuah karya bukan saja mengambil masa panjang, khususnya jika membabitkan novel, tetapi juga ada kalanya membabitkan nilai sentimental dalam kehidupan pengkaryanya.

Setakat ini, di Malaysia belum ada lagi kes pelanggaran hak cipta novel belum pernah disabitkan di mahkamah untuk dijadikan sebagai rujukan dalam memenangi tuntutan mengikut undang-undang, meskipun hakikatnya karya pengarang adalah harta intelek yang dilindungi di bawah Akta Hak Cipta.

Allahyarham Aziz Afkar umpamanya, berpulang ke Rahmatullah pada 11 Januari lalu akibat penyakit saraf, membawa bersama kenangan pahit mempertahankan haknya terhadap Hartini yang diadaptasi ke drama televisyen oleh BNE Studio Sdn Bhd tanpa kebenarannya mahupun penerbit novel itu.

Tuntutan ganti rugi RM560,000 yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Mac 1995, menyaksikan permohonan Aziz Afkar atau nama sebenarnya Abdul Aziz Afkar @ Hussin Ismail, 56, ditolak dengan kos pada 2005.

Mahkamah Tinggi hanya membenarkan Creative Enterprise Sdn Bhd (Creative Enterprise) selaku penerbit mengemukakan tuntutan manakala Akta Hak Cipta sekadar melindungi pengarang dari segi hak moral, tetapi ironinya mahkamah di Malaysia, belum menguatkuasakan peruntukan hak moral bagi faedah seseorang pengarang.

Selain itu, sehingga kini, belum ada lagi kes pelanggaran hak cipta novel dilaporkan di Malaysia yang membabitkan ganti rugi diberikan mahkamah menjangkau jumlah tuntutan Allahyarham Aziz Afkar dan ia adalah suatu tragedi dalam hidup pengarang ini mahupun keluarganya.

Novel Hartini yang sudah 15 kali diulang cetak dan pertama kali diterbitkan pada 1967, menemui khalayak sastera pada kali kedua apabila Creative Enterprise mencetaknya semula pada 1994 dan diulang cetak tahun berikutnya, dirancang pengarangnya untuk diangkat ke filem apabila jualannya di pasaran merosot.

Allahyarham membuat pengakuan itu kepada penulis pada wawancara yang disiarkan dalam halaman Sastera, Berita Harian, bertarikh 8 Oktober 2000, 'Orang seni mesti belajar hormati pengkarya', ketika kes pencabulan Hartini menjadi tumpuan.

Tragedi Hartini berulang apabila Salam Maria setebal 653 halaman karya pengarang veteran wanita, Dr Fatimah Busu, diterbitkan Absolute Press dengan persetujuan penulis, tetapi tanpa perjanjian hitam putih kedua-dua pihak.

Dr Fatimah yang terpaksa menanti 22 tahun untuk melihat karyanya yang penuh dengan kontroversi itu berada di pasaran kerana ditolak oleh beberapa penerbit sebelum itu, bukan saja kecewa akhirnya kerana Salam Maria 'diperkosa' oleh editor, tetapi turut dinafikan royaltinya.

Meskipun sudah berada di pasaran sejak 2004, sehingga kini pengarang terbabit tidak menerima walau sesen royalti daripada penerbit meskipun Salam Maria sukar ditemui di kedai buku dan lebih malang apabila penerbit menghilangkan diri tanpa dapat dikesan, meskipun pelbagai usaha sudah dilakukan.

Jika Dr Fatimah membawa Salam Maria ke mahkamah pula, belum tentu kemenangan memihak kepadanya seperti yang berlaku terhadap Hartini kerana kes pelanggaran hak cipta novel belum pernah disabitkan di mahkamah di Malaysia.

Sekiranya tidak bertindak pula, pengarang seolah-olah menggalakkan penerbit untuk bertindak sesuka hati mereka dengan meraih keuntungan daripada jerih payah orang lain tanpa berasa bersalah dan perkara ini akan terus berulang pada masa depan serta berkemungkinan menimpa penulis lain pula.

Dua kes ini cukup menjerankan pengarang untuk cergas berkarya dan boleh membantutkan hasrat murni kelompok terbabit untuk memberi sumbangan pada sastera secara berterusan selain mencalarkan sejarah penerbitan sastera tanah air.

Penulis Pemburu Mimpi, Saleha Hussin yang mengambil langkah melindungi haknya sebelum karyanya itu diterbitkan dengan meletakkan beberapa syarat meskipun karyanya itu adalah novel pertamanya, berkesudahan ditolak penerbit pertama.

Bagaimanapun nasib menyebelahinya apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersetuju menerbitkannya dan membayar RM14,000 kepada pengarangnya, sebaik karya terbabit berada di pasaran meskipun sehingga hari ini belum pernah menerima sebarang penyata berhubung jumlah naskhah jualan sebenar novel terbabit.

Sudah pasti kes Hartini mahupun Salam Maria, suatu yang menyedihkan kerana penerbit adalah di kalangan kelompok karyawan dan sepatutnya lebih tahu menghormati hak pengkarya lain kerana mereka sendiri sudah pasti tidak mahu diperlakukan apalagi ditipu sedemikian rupa!


Berita Harian; Khamis; 17 Mei 2007

Posted at 03:23 pm by Nor Rafishah Md. Hassan

nike shox nz
April 19, 2012   11:55 PM PDT
 
He is a good friend that speaks well of us behind our backs.,445543,http://norrahassan.blogdrive.com/archive/193.html
Louis Vuitton Outlets
April 6, 2012   08:16 PM PDT
 
I'd be interested in hearing. The TOS seems rather clear that it is not unless expressly approved by Amazon. I guess if the library got it in writing then they would be ok. ,490150,http://norrahassan.blogdrive.com/archive/193.html
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry