Nor Rafishah Md. Hassan Novel di Pasaran1. Luka Sekeping Hati 2. Kau Yang Tercinta 3. Andai Ada Cinta 4. TERBARU : Cinta di Hati (2009) 5. TERBARU : Cinta Semanis Epal (2009)  Fajar Pakeer Sdn Bhd Fajar Pakeer Sdn BhdPesanan Novel Online Akaun Maybank 514299127137 (Fajar Pakeer Sdn. Bhd.) E-mel ke: order@fajarnovels.com.my
|
|
|
 |
|
Friday, November 06, 2009
Ada idea di fikiran? Mahu meluahkannya menjadi sebuah penulisan? Dalam erti kata lain, ingin menjadi penulis? Maka, menulislah. Buka komputer, atau ambil pen dan kertas (ini situasi saya kerana saya menulis di atas kertas terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke komputer)
Anda sudah ada bayangan situasi yang bermain di fikiran, yang ilhamnya tercetus samada daripada kisah sendiri atau kisah orang lain. Zahirkan setiap bayangan itu di atas kertas. Jika anda 'melihat' watak itu menangis, tulislah yang ia menangis. Gambarkan juga keadaan dirinya semasa menangis. Adakah dia menangis mendayu-dayu atau hanya mengalirkan air mata. Apa (What) yang dilakukannya semasa menangis, adakah dia mengesat air mata dll atau apa yang dilakukannya selepas menangis? Siapa (Who) dia dan siapa lagi yang bersama dengannya? Di mana (Where) dia menangis (latar tempat/ruang)? Bila (When) dia menangis (latar masa)? Mengapa (Why) dia menangis? Bagaimana (How) caranya dia menghentikan tangisan itu? 5W1H ini saling berkaitan dan saling melengkapkan dalam sesebuah cerita.
Bagaimana hendak mula menulis?
Pilih cerita anda sendiri samada diilhamkan dari kisah sendiri atau kisah orang di sekeliling anda atau juga kisah imaginasi anda sendiri. Selalunya kisah cinta adalah kisah yang paling banyak ditulis. Jadi, di sini daya kreativiti anda perlu dikerah dalam hendak menampilkan bagaimana cerita itu menarik perhatian orang. Berikan kelainan jika anda tidak mahu karya anda dikatakan sama dengan novel penulis ini atau penulis ini. Tetapi 'NO PLAGIAT ATAU CIPLAK ATAU JUGA COPY PASTE' MELAINKAN IA ADALAH SATU KEBETULAN YANG TIDAK DIJANGKA (YANG KADANG-KADANG PUN AKAN DIPERTIKAIKAN). Hormati titik peluh orang.
Letakkan garis permulaan dan garis penamat bagi cerita anda. Untuk ini, buat draf carta aliran jalan cerita yang hendak ditulis.
Dan pada masa yang sama, saya percaya kepada perancangan penulisan (walaupun kadang-kadang gagal mengikutinya, sebab kalau betul-betul ikuti perancangan ini, saya sudah siapkan dua buah novel pada tika ini) iaitu tetapkan jangkamasa bila hendak menyiapkannya.
p/s : Nota ini sebenarnya untuk seseorang yang bertanya kepada aku cara-cara menulis. Aku akan berikan nota (dari sudut pandangan diri sendiri) yang lain kelak. Dan aku gembira jika ada rakan penulis yang menjengah blog ini boleh meninggalkan idea mereka sendiri berdasarkan tajuk entri ini.
Monday, November 02, 2009
Sekarang ini sedang 'berhempas pulas' hendak menyiapkan dwilogi novel. Tajuk sementaranya ialah Bila Hati Mencintai. Memandangkan aku yang mencadangkan tarikh 31 Disember sebagai tarikh tentatif untuk menyiapkan dwilogi ini, maka aku sendiri yang perlu cuba untuk menepatinya. Setakat ini, baru siap 3 bab. Dalam kata lain, poor perfomance!!
Watak utamanya Adam dan Marissa. Pada mulanya letak nama Sulaiman dan Marsya. Tetapi apabila menaip, nama Sulaiman itu terlalu panjang untuk ditaip dan nama Marsya asyik terbabas menjadi Marysa. Jadi, untuk memudahkan diri, aku menukar kepada nama watak kepada Adam (lebih mudah) dan Marissa (alang-alang asyik tersalah taip, kekalkan saja 'kesalahan' itu dalam bentuk baru)
Dan ini yang paling aku bengang. Macam mana aku tak perasan yang TV2 sekarang ini sedang menyiarkan anime Gintama. Ketika aku menyedarinya, 19 episod sudah ditayangkan!! Bermakna aku ketinggalan beberapa episod yang cukup kelakar (aku sudah tengok dalam versi bahasa Jepun, tapi aku juga memberi sokongan kepada siri alih bahasa), lebih-lebih episod markas Shinsengumi yang mendapat gangguan misteri, kononnya dikacau oleh hantu. Kumpulan Yorozuya (watak-watak utama anime ini) ketika itu pula sedang mencari duit lebih dengan menyamar sebagai bomoh dan Shinsengumi pula mengupah mereka untuk menghalau 'hantu' itu. That's my favourite episode! Bagaimanapun, aku dah tanda siaran Gintama dalam rangkaian siri TV tontonan aku.

Thursday, October 22, 2009
Menuju ke penghujung 2009, aku sudah menyiapkan persediaan 2010.
Diari baru sudah dibeli. Rancangan perbelanjaan/kewangan sudah pun disiapkan. Dan nampaknya aku masih perlu berhati-hati dalam perbelanjaan, tetapi hanya sehingga Oktober 2010 sahaja, untuk mendapat target kewangan yang aku rancang sejak dari tahun lepas. Syukur kepada Allah s.w.t. kerana tahun ini adalah tahun yang penuh dengan laluan mudah untuk aku berbanding tahun 2008 (tahun aku banyak mengalirkan air mata). Dan selepas itu, aku boleh tumpukan usaha untuk mencapai beberapa target lain.
Dan aku sudah mendapat azam baru untuk tahun 2010... BELAJAR MEMASAK! TAK PUN, MENGUMPUL BUKU RESEPI!!
Monday, October 12, 2009
Apabila menonton TV malam tadi dan melihat gelagat penyokong pihak yang bertanding bagi pilihanraya Bagan Pinang, rasa macam kelakar. Semua yang saling berbalah itu adalah muka Melayu, yang beragama Islam. Walhal Islam melaungkan kesatuan ummah. Dan walhal, salah satu daripada pihak yang bertanding itu menggunakan perkataan Islam pada parti mereka. Dahulu aku memang hormati PAS kerana cara berpolitik mereka yang 'berhemah'. Penyokongnya tenang walaupun diprovokasi bertubi-tubi. Tetapi kini... apa yang membezakan mereka dengan parti politik lain? Kata teman serumah, kaum Cina dan India yang duduk memerhati di tepi mesti tergelak-gelak geli hati melihat gelagat kaum Melayu kita.
Dan hari ini, aku tidak memberikan perhatian kepada kemenangan besar yang diraih oleh Isa Samad. Aku memberikan perhatian kepada 'rakyat' Malaysia yang merempat di Britain setelah melucutkan kerakyatan Malaysia tetapi tidak mendapat kerakyatan Britain. Kebanyakan mereka daripada Penang dan Melaka. Alasan mereka berbuat demikian ialah kerana takut ditindas oleh pentadbiran gologan majoriti Melayu beragama Islam. Walau bukan lagi rakyat Malaysia lagi dan sedang merempat sekalipun, mereka masih hendak membuat provokasi ke atas orang Melayu dan agama Islam. Tidak tahulah kalau itu laporan media antarabangsa yang membuat provokasi ke atas Malaysia.
Dan sampai sekarang, aku masih menanti reaksi lanjut kerajaan Malaysia dan Indonesia berhubung dengan provokasi kumpulan Bendera yang mahu menyerang Malaysia. Malaysia tidak bertegas dalam hal ini, manakala Indonesia pula seperti bersikap tidak peduli. Memang isu tidak besar mana pun, tetapi sudah cukup untuk menyemai sangsi. Dan sangsi yang tidak ditangani dengan baik, boleh bertukar menjadi benci.
Friday, October 09, 2009
Mood aku pada hari ini adalah seperti di bawah ini, walaupun minggu ini ditimbuni kerja.

Dan terima kasih kepada satu perjalanan menggunakan LRT (aku pun dah tak ingat untuk urusan apa), aku menilai kembali diri sendiri dan didatangi oleh satu resolusi baru. Aku dah lama mengabaikan diri sendiri dan kini, aku mahu melakukan sesuatu.
|
|
|